Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Muhasabah diri’ Category

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.”

Read Full Post »

  • Tuhan Memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tapi, mengapa Tuhan hanya mengurniakan hanya sekeping hati buat kita?? Kerana Tuhan telah berikan sekeping lagi hati untuk seseorang yang kita perlu mencarinya. Itulah namaya cinta.
  • Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, “saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki teta[i telah kehilangannya. Siapa pula kamu?”. Jawab titis air mata kedua tu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
  • Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: aku turut bahagia untukmu..- =)
  • Perasaaan cinta dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi, jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi.. apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan airmata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat kamu sayang. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
  • Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya..
  • Permulaan cinta ialah adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  • Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar dibibir dan bukannya di hati mampu meluluhkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
  • Bukan laut namanya jika air airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
~~~>Love is universal<~~~

Read Full Post »

Sunyi…

Perkataan yang sering bermain dibenakku…

Aku tidak meminta untuk sepi..

Aku juga tidak meminta untuk bersedih..

Mengapa harus kurasakan kesepian,keseorangan..?

Siang dan malam menangis keseorangan,tanpa ada yang tahu…

Aku ingin gembira,segembira yang lain…

Ya tuhanku, bantulah hambamu ini…

Jadilah temanku untuk selamanya…

Walau ku bersedih keseorangan,tapi kutahu,

KAU sentiasa bersamaku…

Jika KAU pergi dariku, tiada guna untuk ku hidup lagi..

Ya Tuhanku, mungkin apa yang kurasakan ini,

Adalah balasan dari segala dosa yang pernah kulakukan…

Ku redha dgn segala ketentuanMU,

Kernaku tahu KAU mengetahui apa yang terbaik utkku..

Tuhanku..tabahkanlah hatiku, sabarkanlah aku menghadapi segala dugaan..

Tuhanku… aku banyak dosa…Maafkanlah aku..

Ampunkanlah aku..

Izinkanlah aku untuk menjadi seorang hambaMU yang beriman..

Tuhanku, dunia hari ini, banyak dugaan dan cabaran…

Aku tidak mahu terus hanyut dengan keduniaan..

Cukuplah sudah, satu masa dulu,diri ini telah hanyut mengikut nafsu…

Bantulah hambamu ini untuk membuka lembaran baru..

Supaya ku dapat mengecapi kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat sana..

Aku hambamu yang lemah,

Yang kadangkala, terlalu mudah terpedaya,

Bantulah hambamu ini ya Allah…

Jgnlah KAU pergi jauh dari sisiku..

Kerana tanpaMU disisiku, tiada guna kehidupanku..

Tuhanku, lindungilah aku dari semua kejahatan..

Tuhanku, bantulah hambamu ini untuk berjaya…

Tuhanku, umat Islam sekarang ramai yang terpesong dari landasan sebenar..

KAU tunjukkanlah jalan yang benar kepada mereka dan diriku juga….

Kau ampunkanlah segala dosa semua saudara-saudara islam ku..

Terima kasih ya ALLAH, diatas segala pemberianmu..

AMIN….

Read Full Post »